Sunday, April 5, 2009

What Is A Geopark?

A geopark is a geological heritages scenic spot of special geoscientific significance, rare natural attribute and aesthetically ornamental value and with given scale and distribution scope, which integrates other natural scenes and sights and that of cultural interest into a unique natural area. It is not only a site for travel and sightseeing, vacationing and health recuperation as well as cultural recreation at a relatively high scientific level, but also a key protected area of geological heritages and base for geoscientific research and popularization.

Apa itu Geopark?

Perkataan geo bersangkutan dengan ilmu sains bumi. Geologi berkaitan dengan kaji batu atau perbatuan dari sudut sejarahnya, formasi pembentukan, komposisi, struktur dan juga landskap yang terhasil dari proses semula jadi evolusi alam.Geopark membawa gambaran lebih luas. Ia merujuk kepada sesuatu kawasan, tidak kira kecil atau besar. Kawasan ini mempunyai unsur-unsur seperti sejarah batu, formasi menarik pelbagai jenis batu, landskap unik dan indah. Ia menarik dan penting dari sudut pandangan para akademik, menarik dan mempersonakan dari sudut pandangan orang awam. Apa yang terdapat di dalamnya mempunyai nilai warisan yang boleh dihayati dan wajar dipelihara

Tour to Tanjung Mali

Terdapat batu jatuh dan fosil iaitu kesan dalam batu syal. Menunjukkan fitur yang serupa jika tidak ke Pulau Tepor. Ditemui pebel-pebel pelbagai bentuk, saiz dan asalan yang bertabur secara rawak di dalam batu lumpur masif.Batu lumpur berpebel di Kilim, Kisap, Batu Asah terdapat fosil brakiopod, bryozoa, krinoid, karang, gastropod dll.samb.

Route To Pantai Pasir Hitam






Esok (6/04/09) jam 9.00 pagi, salah satu tempat lawatan kerja ialah Pantai Pasir Hitam. Pantai ini panjangnya dianggarkan 400 m dan lebar 15 m pada paras surut. Pasir berwarna hitam dari gigi air hingga ke tebing pantai. Pereira (1997), pasir berwarna hitam terdiri 65% mineral warna hitam dan 35% adalah kuarza. Menurut kajian sebelum ini, mineral Turmalin bertanggungjawab pasir disitu adalah berwarna hitam seperti di Pantai Pasir Hitam. Mineral utama berwarna hitam ialah turmalin dan terdapat sedikit ilmenit dan alanit (Wan Fuad, 1987). Jenis Formasi ialah sedimen kuaterner berusia holosen (<1 juta tahun).

Jenis Pemuliharaan Langkawi Geopark

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pemuliharaan Langkawi Geopark terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
a) Taman Geologi (Taman Geologi Machinchang & Taman Kars Langkawi)
b) Monumen Geologi
c) Tapak Terpelihara
d) Landskap Berpandangan Indah

Pemandangan Indah Diwaktu Senja







































Sekitar jam 7.00 mlm 5/04/09, rakan sebilik En.Rahim (GA,SM) telah mengambil pemandangan waktu senja dari kediaman kami di Hotel Langkawi Seaview (gambar diambil dari jendela hotel). Subhanallah, sungguh indah ciptaan-Nya. Turut dilampirkan foto staff JMGKPP atau GA yang sedang berehat diruang legar hotel setelah penat mencari makanan di medan selera berhampiran hotel walaupun hujan renyai. Maklumlah, lepas hari hujan perut dah kosong maka kenalah isi apa-apa je jenis makanan.

Aturcara Lawatan Kerja Langkawi Geopark

Berikut adalah aturcara Lawatan Kerja sekitar kawasan Langkawi Geopark :

6 April 2009 (Isnin)
9.00 am : Granit-Penarek
10.00 am : Pasir Hitam
11.00 am : Tanjung Mali
2.00 pm : Pasir Tengkorak

7 April 2009 (Selasa)
9.00 am : Berkumpul di Jeti Kilim
9.15 am : Menaiki bot ke Gua Kelawar
10.00 am : Eagle Watching
10.30 am : Pinakel Kilim
11.00 am : Gua Langsir
11.30 am : Pulau Anak Tikus
12.00 am : Teluk Cina Mati (Tanjung Dendang)
12.30 pm : Gua Cherita
1.30 pm : Bersurai

Foto Hari Pertama di Jeti Kuah (5/4/2009) Jam 1.30 ptg







Pemandangan sekitaran Jeti Kuah yang dikelilingi oleh Gunung Raya (880m) dan banjaran yang terdiri batuan jenis Formasi Singa (Devon akhir hingga Perm Awal) dan Formasi Setul (Ordovisi awal hingga Devon Awal). Sepanjang perjalanan ke Hotel Langkawi Seaview kedapatan dalam tasik buatan iaitu bongkah-bongkah granit di Lagenda Park. Ini menunjukkan taburan kehadiran batuan granit hingga ke Jeti Kuah. Turut menarik Gunung Raya ini boleh diperhatikan daripada Hotel kediaman kami. Pada sebelah petangnya, sekitar jam 5.00 ptg seluruh kawasan Pulau Langkawi dihujani lebat dan menyebabkan kami terpaksa menangguh ke Pekan Kuah untuk mencari barang keperluan atau merewang-rewang.

Saturday, April 4, 2009

Hari Pertama : Dari Kuala Kedah - Jeti Kuah


PANDANGAN PERTAMA LANGKAWI GEOPARK
Tanggal 5 April 2009, pasukan JMGKPP yang terdiri unit SM, GS, KUPM & Pentadbiran berlepas ke Jeti Kuala Kedah menuju ke Jeti Kuah. Kami bertolak jam 11.30 pagi dari pejabat menggunakan kenderaan jabatan & bertolak dari jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah. Sampai di Jeti Kuah jam 1.30 ptg. Sampai saje di Jeti Kuah, kami bersama mengambil gambar berlatar belangkangkan pemandangan Gunung Raya (881m) iaitu gunung yang tertinggi di Langkawi Geopark. Gunung yang terdiri drpd batuan granit yang berusia Trias (209-217 juta tahun).